
Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (PKR-Meru) membuat cadangan itu susulan pihak berkuasa mempunyai kekangan kekurangan pegawai untuk melakukan pemantauan pematuhan SOP di kawasan kilang sehingga berlaku peningkatan kes jangkitan di premis terbabit.
“Saya mencadangkan dengan kekangan jentera penguatkuasaan kerajaan, pihak wakil rakyat atau mereka yang berkelayakan, perlu diturunkan kuasa sementara untuk bantu pihak kerajaan periksa, mengenakan tindakan dan memantau kilang yang gagal mematuhi SOP.
“Kita tak halang operasi kilang (langgar SOP) berjalan namun bagaimana dengan penguatkuasaan ketelusan maklumat dan keperluan operasi kilang sedangkan kita sedia maklum sama ada di peringkat pusat dan negeri kita tak sedia dan tak mempunyai jentera cukup melaksanakan penguatkuasaan terhadap pematuhan SOP dikeluar KKM dan MKN,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Fakhrulrazi turut mendakwa jumlah kes di Selangor antaranya disebabkan kluster kilang namun operasinya masih dibenarkan walaupun mencatatkan kadar jangkitan tinggi.
“Walaupun kluster kilang tinggi namun operasi kilang masih dibenarkan malah lebih teruk apabila kebenaran dikeluarkan kerajaan pusat walaupun kes tinggi dilapor daripada kilang,” katanya.