Padah ‘dine-in’ hingga lewat malam, 16 orang dikompaun RM2,000

Padah ‘dine-in’ hingga lewat malam, 16 orang dikompaun RM2,000

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan mendapati 16 pengunjung lelaki itu duduk makan melebihi masa ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, pengusaha premis dikompaun RM10,000 kerana SOP. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seramai 16 pengunjung sebuah restoran di Bukit Tengah, Bukit Mertajam dekat Seberang Perai didenda RM2,000 setiap seorang gara-gara menikmati ‘dine-in’ sehingga jam 11.30 malam.

Dalam kejadian tengah malam tadi, perbuatan 16 pengunjung restoran berkenaan yang kesemuanya lelaki terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan oleh polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Shafee Abd Samad berkata, pemeriksaan mendapati 16 pengunjung terbabit melakukan aktiviti tidak dibenarkan iaitu ‘dine ini’ melebihi masa ditetapkan.

“Oleh itu, semua mereka ditahan sebelum masing-masing dikenakan RM2,000.

“Pengusaha premis yang juga seorang wanita dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shafee berkata, pengunjung dan pengusaha premis itu didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 26 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan jangkitan) 2021.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan dan orang awam yang melanggar undang-undang serta SOP ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.