Kes bunuh penternak lembu, 3 lelaki ditahan

Kes bunuh penternak lembu, 3 lelaki ditahan

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berusia 18 hingga 34 tahun ditahan pagi tadi.

Terdahulu media melaporkan seorang penternak lembu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap berlumuran darah bersebelahan motosikal Honda EX5 miliknya di Estet Kongsi 14, Sungai Petani.
SUNGAI PETANI:
Polis menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian menikam dan menembak mati seorang penternak lembu di Estet Kongsi 14, Jalan Bukit Selambau, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat, berkata ketiga-ketiga suspek berusia 18 hingga 34 tahun itu ditahan pagi tadi dalam beberapa serbuan di sekitar kawasan berkenaan.

“Setakat ini sudah tiga orang ditangkap dan perintah reman sehingga 30 Ogos ini telah dikeluarkan mahkamah untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian belum dikenal pasti dan kami masih mengesan saki-baki rakan mereka yang disyaki ada kaitan dalam perlakuan jenayah malam tadi,” katanya kepada pemberita ketika meninjau kawasan kejadian dekat sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut diminta tampil membantu siasatan.

Terdahulu media melaporkan seorang penternak lembu ditemukan mati dalam keadaan tertiarap berlumuran darah bersebelahan motosikal Honda EX5 miliknya di Estet Kongsi 14, pada kira-kira 8 malam.

Polis yang menjalankan siasatan awal mendapati kesan luka tikaman di dada dan tembakan di bahagian hadapan serta belakang badan mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.