
Charles berkata, ini bagi menggalakkan orang ramai terus menggunakan kemudahan tersebut dalam usaha meningkatkan kadar imuniti.
Sehubungan itu, menerusi surat permohonan kepada kementerian berkenaan, Charles mengemukakan beberapa faktor kenapa PPV di Klang tidak wajar ditutup.
Katanya, PPV merupakan platform terbaik dalam menguruskan pendaftaran dan sasaran imuniti kelompok dalam data MySejahtera adalah berbeza dengan jumlah populasi penduduk Klang.
Selain itu, kadar kes kebolehjangkitan di Klang setiap hari menunjukkan masih ramai tidak divaksinasi, sedangkan kerajaan telah membelanjakan jumlah yang besar bagi pembukaan setiap PPV.
“Pembukaan pusat PPV Mega hanya akan merisikokan kluster baharu berlaku. Kesukaran dan kekeliruan bagi penerima dos pertama yang tidak mempunyai keupayaan IT,” katanya.
Pada 19 Ogos, Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) mengarahkan kerajaan Selangor dan pihak berkepentingan lain untuk menutup sejumlah PPV bulan ini dan seterusnya.
Ia menjelaskan langkah itu adalah untuk “mengoptimumkan sumber sesuai dengan tahap pencapaian vaksinasi di Selangor yang telah melebihi 90% dan diharapkan akan selesai dalam waktu terdekat”.
Charles mempertikaikan dan mendesak kementerian berkongsi data dengan apa yang berlaku di lapangan.
Ahli Parlimen pembangkang itu juga turut berkongsi data bahawa jangkitan Covid-19 di kawasannya meningkat setiap bulan.