
Menyambut baik pengumuman itu, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) Mohd Shafiq Abdullah berkata pembelian vaksin tersebut akan memperluaskan liputan program vaksinasi sedia ada kepada segenap lapisan masyarakat.
“Dari segi pecahan keseluruhan, sehingga hari ini, 53.4% individu dewasa lengkap divaksinasi dengan dua dos. Seluruh warga KKM akan terus memberikan komitmen dan fokus terhadap tanggungjawab bagi menangani pandemik ini dengan jayanya,” katanya dalam kenyataan.
Menerusi ucapan sulung sebagai Perdana Menteri hari ini, Ismail mengumumkan pembelian tambahan enam juta dos vaksin Covid-19 yang akan diterima menjelang awal bulan depan.
Beliau berkata usaha itu untuk memangkin kejayaan pengurangan kes harian secara konsisten seperti di Labuan yang sudah mencapai 90% imuniti kelompok dewasa.