
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Mohd Zaki Zainol ketika dihubungi berkata, pihaknya dengan bantuan BBP Seri Manjung dikejarkan ke lokasi kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.28 petang.
“Kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Preve yang dipercayai merempuh beberapa buah motosikal dari arah bertentangan.
“Anggota bomba melakukan tindakan pengalihan terhadap mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian, selepas mendapat pengesahan daripada petugas kesihatan.”
Beliau berkata, semua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada 5.56 petang.
Difahamkan, seorang individu yang menaiki Proton Preve dalam kemalangan itu cedera dan sehingga kini identiti semua mangsa belum dikenal pasti.