
SHAH ALAM: Sejumlah 80.2% atau 3.81 juta populasi dewasa di Selangor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat hari ini, kata Menteri Besar Amirudin Shari.
Menerusi hantaran di Twitter beliau berkata, sejumlah 54.9% atau 2.61 juta orang pula melengkapkan suntikan dua dos vaksin di negeri itu.
Katanya, menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX) sebanyak 304,784 dos tambahan vaksin telah diberikan.
Amirudin berkata, usaha yang digembleng menerusi SelVAX dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyaksikan sejumlah 6.42 juta dos suntikan vaksin diberikan di Selangor.
Selangor dan Kuala Lumpur adalah dua negeri yang terlibat dalam “operasi lonjakan kapasiti'” bagi membendung penularan pandemik itu di Lembah Klang sejak bulan lepas.