
Katanya, ini kerana presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi menarik diri daripada dicalonkan semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.
“Presiden menarik diri daripada dicalonkan,” katanya selepas mesyuarat tiga jam dengan pemimpin PAS di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Ahmad berkata, calon kedua Umno adalah Mohamad Hasan, walaupun beliau memenuhi kriteria tetapi beliau sekarang adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
“Yang ketiga (dalam senarai) Ismail Sabri.
“Beliau mempunyai pengalaman paling banyak, beliau adalah menteri kanan dan timbalan perdana menteri,” tambah Ahmad.
Terdahulu, pemimpin PAS hari ini tampil di ibu pejabat Umno untuk bermesyuarat dengan pimpinan Barisan Nasional, termasuk Najib Razak.
Ia susulan persetujuan dua parti itu untuk mencalonkan Ismail sebagai perdana menteri baharu malam tadi.