Lelaki maut ditembak 4 das ketika memandu

Lelaki maut ditembak 4 das ketika memandu

Polis berkata mangsa berusia 42 tahun ditembak ketika sedang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan di Sungai Buloh.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditembak sebanyak empat das dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki maut ditembak ketika memandu di Jalan BRP2/1 Bukit Rahman Putra Sungai Buloh tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.30 tengah hari.

“Kami dimaklumkan seorang lelaki berusia 42 tahun ditembak ketika memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover di lokasi berkenaan.

“Siasatan awal di lokasi mendapati mangsa ditembak sebanyak empat das dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 2.15 petang.

Katanya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

Shafa’aton berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi polis di talian 03 61561222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.