
Perkara itu dimaklumkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam catatan di Facebook sebentar tadi.
“Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi IKIM disahkan stabil dan beransur pulih.
“Sama-sama kita doakan semoga Tun akan segera sembuh seperti sedia kala. InsyaAllah,” menurut catatan berkenaan.
Pengerusi IKIM berkenaan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Cheras pada 5 Ogos lalu selepas dijangkiti Covid-19.
Ahmad Sarji adalah Ketua Setiausaha Negara ketika era pentadbiran Perdana Menteri keempat, Dr Mahathir Mohamad dari 1990 hingga 1996.