7 khemah CAC rosak, 2 cedera akibat ribut

7 khemah CAC rosak, 2 cedera akibat ribut

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Ammar Ramli berkata dua orang awam cedera ringan dalam kejadian itu.

Dua individu yang cedera telah dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan oleh pihak CAC.
SHAH ALAM:
Tujuh daripada 12 khemah di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Klang di Dewan Serbaguna, Jalan Pekeliling, Pelabuhan Klang dekat sini rosak dalam kejadian ribut pada 11.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Shamsul Ammar Ramli berkata dua individu turut cedera dalam insiden itu.

“Dua orang awam yang berada di bawah khemah telah mengalami kecederaan ringan akibat insiden tersebut,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa telah dirawat oleh pihak CAC dan dibenarkan pulang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.