PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup hari ini bagi penyelarasan, kata polis

PPVIN Pusat Konvensyen Midlands ditutup hari ini bagi penyelarasan, kata polis

Ia bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

Polis mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN Shah Alam.
SHAH ALAM:
Pusat Pemberian Vaksin Industri (PPVIN) di Pusat Konvensyen Midlands, Seksyen 7, akan ditutup sehari hari ini bagi menyelaraskan tugas dan kehadiran pekerja industri untuk menerima suntikan vaksin.

“Pihak pengurusan PPVIN berkenaan membuat keputusan (berhubung penutupan PPVIN),” kata Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib ringkas ketika dihubungi Bernama.

Beliau turut mengesahkan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan ramai individu beratur panjang serta tidak mematuhi penjarakan fizikal di luar pagar PPVIN itu.

Terdahulu, media melaporkan pekerja asing dikatakan diarah meninggalkan lokasi PPVIN di Seksyen 7, petang Khamis selepas beratur panjang hingga ke luar kawasan pusat berkenaan untuk menerima vaksin.

Pihak penyelaras PPVIN dengan bantuan sepasukan anggota polis mengambil tindakan itu berikutan pekerja asing terbabit didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.