
Perutusan itu akan disiarkan secara langsung di RTM, TV3, Astro Awani, Bernama TV dan TV Al-Hijrah, selepas beliau menghadapi Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Muhyiddin dilaporkan memasuki Istana Negara pada 10.53 pagi tadi dan meninggalkan lokasi itu sejam kemudian.
Walaupun ia adalah sesi menghadap yang dijadualkan sebelum mesyuarat Kabinet hari ini, tidak diketahui sama ada pertemuan itu ada kaitan dengan perkembangan politik negara.
Berita mengenai peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri bertiup kencang selepas beberapa orang kenamaan termasuk Peguam Negara, Idrus Harun dilihat memasuki Istana Negara 9.30 pagi tadi.