Himpunan #Lawan: Tian Chua, 4 pemimpin MUDA dipanggil esok

Himpunan #Lawan: Tian Chua, 4 pemimpin MUDA dipanggil esok

Mereka dipanggil ke IPD Dang Wangi pada 12 tengah hari esok.

Tian Chua bersama belia dalam himpunan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lalu. (Gambar Facebook Tian Chua)
PETALING JAYA:
Naib Presiden PKR, Tian Chua dan empat pemimpin MUDA akan dipanggil memberi keterangan berhubung himpunan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka Sabtu lalu.

Tian Chua dan pengasas bersama MUDA, Amir Abd Hadi, Naib Presiden, Thanussha Francis Xavier, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat, Teo Lee Ken serta Mathen Nair dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi esok.

“Kenyataan akan diberikan pada 12 tengah hari,” kata MUDA dalam kenyataan.

Sabtu lalu, ratusan orang menyertai himpunan #Lawan berhampiran Dataran Merdeka yang dianjurkan Sekretariat Solidariti Rakyat bagi membantah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Semalam, Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan, 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil melengkapkan kertas siasatan, manakala beberapa individu lain masih dalam proses dikenal pasti daripada rakaman video serta gambar.

Katanya, polis mendapati penganjur dan peserta himpunan itu secara jelas melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.