Senarai bantuan tambahan kempen Bendera Putih

Senarai bantuan tambahan kempen Bendera Putih

Individu, syarikat dan organisasi kebajikan terus tampil menyokong dan membantu mereka yang memerlukan menerusi kempen berkenaan.

PETALING JAYA:
Kempen “#BenderaPutih” adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan lain susulan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk kini.

Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.

Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:

1. Great Tawau

Inisiatif belia di Tawau, Sabah ini bertujuan membantu mereka yang memerlukan dengan menyediakan keperluan asas harian seperti makanan.

Great Tawau juga mengalu-alukan sumbangan untuk menyokong inisiatif tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti akaun Twitter @greattawau.

2. Projek Bantu Rakyat

Projek dengan kerjasama antara Demokrat Kebangsaan, Maharz Consulting dan Kasiswa bertujuan meringankan beban mereka yang terjejas dengan pandemik Covid-19 di beberapa lokasi terpilih di Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah.

Individu digalakkan untuk memohon bantuan pek makanan atau baucar melalui kitajagakita.com.

Hubungi: Twitter @demokrat_my

3. Pusat 3S Mitsubishi Lajina Motors Sdn Bhd

Syarikat kenderaan permotoran di Kuala Terengganu ini menubuhkan bank makanan di premisnya di Jalan Semarak.

Hubungi: 09-667 3099

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti Facebook Pusat 3S Mitsubishi Gong Badak – Lajina Motors Sdn Bhd.

4. Restoran Unihaus

Restoran di Sabah ini menubuhkan bank makanan untuk individu di Kota Samarahan. Sumbangan juga dialu-alukan.

Untuk maklumat lebih lanjut, hubungi di talian 019-606 4322 atau ikuti Facebook Unihaus.

5. Quality Frozen Mart

Pasar raya di Sandakan, Sabah ini menyediakan bank makanan bagi mereka yang memerlukan bantuan makanan.

Derma dalam bentuk keperluan asas makanan dan makanan sangat dialu-alukan.

Hubungi: 012-816 5605

Untuk maklumat lebih lanjut, ikuti Facebook Quality Frozen Mart.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.