Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik kepada 1.16, Terengganu tertinggi

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 naik kepada 1.16, Terengganu tertinggi

Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).

Sembilan lagi negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 di antara 1.04 hingga 1.22 ialah Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.
KUALA LUMPUR:
Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di negara ini menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan angka 1.16 berbanding sebelum ini 1.14.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebooknya berkata, Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).

Sembilan lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.04 hingga 1.22 ialah Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.