
Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:
1. Klinik Thong
Klinik yang terletak di Bahau, Negeri Sembilan ini menyediakan bank makanan kepada individu memerlukan yang tinggal di kawasan sekitar.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi: 06-454 1048
2. Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan
Organisasi kebajikan ini bertujuan menyediakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian.
Mereka yang memerlukan boleh menghubungi organisasi ini di talian 019-2218589 (Muru) atau 016-2151540 (Sebastian).
Untuk maklumat lanjut, boleh layari ke Facebook Persatuan Kebajikan Anak-anak Negeri Sembilan.
3. XP Auto Garage
Bengkel membaiki kenderaan di Johor Bahru ini menyediakan bank makanan di beberapa lokasi sekitar Johor. Individu yang memerlukan digalakkan menghubungi talian 010-825 1755 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif bank makanan berkenaan.
Sumbangan turut dialu-alukan.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook XP Auto Garage.
4. Arati Villas Restaurant
Restoran yang terletak di Tanjong Tokong, Pulau Pinang ini menyediakan bank makanan di hadapan premis mereka.
Individu yang memerlukan digalakkan datang antara Selasa dan Sabtu, bermula 12 tengah hari sehingga 3 petang. Sumbangan turut dialu-alukan.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Arati Villas.
Hubungi talian: 04-899 1379
5. BSSE Computer Centre
Premis menjual komputer di Kuantan Pahang ini tampil dengan inisiatif bank makanan bagi individu yang betul-betul memerlukan bantuan.
Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook Pusat Bsse (Pusat Komputer Bsse).