Joget di majlis parti politik, polis rakam keterangan penganjur

Joget di majlis parti politik, polis rakam keterangan penganjur

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan bagi diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

Pengadu mendakwa sekumpulan individu di dalam video tular itu dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal di antara satu sama lain.
PETALING JAYA:
Polis sudah merakam keterangan pihak penganjur kursus melibatkan sebuah parti politik susulan terdapat laporan pelanggaran SOP di sebuah hotel di Glenmarie pada April lalu.

Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya sedang melengkapkan siasatan bagi diserahkan kepada pejabat pendakwa raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Kita telah panggil pihak penganjur namun ada satu perkara perlu diselesaikan sebelum diserahkan kepada DPP,” katanya pada sidang media secara maya.

Beliau menjelaskan, program atau majlis masih dibenarkan ketika acara diadakan pada April lalu, namun kerana terdapat pelanggaran SOP maka pihak berkuasa perlu melakukan siasatan.

Terdahulu, media melaporkan polis menyiasat sekumpulan individu yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), dipercayai ketika menghadiri kursus melibatkan sebuah parti politik di hotel di Glenmarie, April lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib, berkata siasatan dibuat susulan satu laporan polis diterima selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Sebelum itu, tular di media sosial satu video memaparkan sekumpulan individu berkumpul dan menari tanpa penjarakan fizikal selain tidak memakai pelitup muka sehingga mendapat kecaman warganet.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.