
Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:
1) Bank Makanan Ampang Community-Powered
Mereka yang tinggal sekitar Ampang digalakkan untuk mendapatkan barang makanan percuma di Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: Twitter @bts_kimVante

2) Kafe The Rack Boutique
Kafe di Selayang, Selangor ini menyediakan makanan percuma kepada penduduk di kawasan berkenaan bermula tengahari hingga 10 malam.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: The Rack Boutique Cafe.
Hubungi: 011-37845657

3) Restoran dan Katering SURI
Mereka yang memerlukan bantuan makanan dari restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur ini boleh hadir dan tunjuk poster di bawah ke kaunter.
Untuk maklumat lanjut, hubungi: SURI Restaurant & Catering

4) Restoran dan Bar Yilo
Restoran di Petaling Jaya, Selangor ini menyediakan bank makanan kepada komuniti di sekitar kawasan terbabit.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: Yilo Restaurant & Bar
5) Khemah Hijau – Tuah Fruit Valley
Barang makanan juga boleh didapati di kedai buah-buahan di Kajang, Selangor ini.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook: Khemah Hijau – Tuah Fruit Valley
Hubungi: 017-680 2665