Lagi senarai tambahan bantuan kempen Bendera Putih

Lagi senarai tambahan bantuan kempen Bendera Putih

Kempen inisiatif rakyat itu terus mendapat bantuan dan sokongan individu, kumpulan, badan kebajikan, organisasi dan syarikat korporat dalam membantu mereka yang memerlukan.

PETALING JAYA:
Kempen “#BenderaPutih” adalah inisiatif rakyat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan bekalan makanan dan bantuan lain susulan krisis kesihatan dan ekonomi Covid-19 yang semakin buruk.

Kempen yang tular di media sosial itu mengajak individu, terutama isi rumah yang bergelut dengan masalah kewangan supaya meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.

Senarai tambahan terkini adalah seperti berikut:

1. Fresh Vegetables Delivery

Kedai runcit ini mengedarkan beg berisi sayuran kepada mereka yang memerlukan di sekitar Petaling Jaya, Subang dan Puchong pada setiap Ahad.

Hubungi: 017-3088149

2. The Hand for Joy Project

Pasukan The Hand for Joy telah mengumpulkan lebih daripada RM4,000 untuk menjalankan inisiatif bendera putih.

Sebahagian daripada sumbangan diagihkan kepada penduduk flat PPR di Kuala Lumpur dalam bentuk susu bayi dan tuala wanita.

Baki sumbangan akan digunakan untuk membeli barangan asas untuk yang memerlukan di sekitar Kuantan, Pahang.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Instagram @thehandforjoyproject.

3. Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Kuantan Pahang

Organisasi kebajikan ini mewujudkan bank makanan untuk penduduk Kuantan yang terkesan dengan pandemik.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Pertubuhan Kebajikan Ikhlas Kuantan Pahang.

4. Viva Hardware Sdn Bhd

Viva Hardware di Kemaman, Terengganu, mewujudkan bank makanan di kedai mereka dan orang ramai digalakkan menyumbang dan mengambil makanan keperluan di situ.

Untuk maklumat lanjut, boleh ke Instagram @viva_hardware_my.

5. Balai Polis Bandar Tun Abdul Razak

Balai polis yang terletak di Rompin, Pahang ini mewujudkan bank makanan kepada penduduk Felda Keratong.

Untuk maklumat lanjut boleh ke Facebook Polis Daerah Rompin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.