Kita perlukan pemimpin beretika untuk berubah, kata Zaid

Kita perlukan pemimpin beretika untuk berubah, kata Zaid

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim berkata calon yang layak sangat sukar untuk ditemui.

PETALING JAYA:
Negara memerlukan pemimpin yang beretika tinggi untuk membuat perubahan, bukan sekadar mereka yang hanya disifatkan “alim”, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.

Dalam satu catatan di Twitter, beliau memberi gambaran kekecohan yang berlaku di negara ini termasuk dakwaan pemberian suntikan vaksin kosong dan kem kerajaan membeli sokongan Ahli Parlimen untuk kekal berkuasa.

“Banyak yang kita lakukan, yang lain (negara) tidak buat. Sebab itu kita perlukan seorang pemimpin yang beretika untuk buat perubahan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, calon yang layak sangat sukar untuk ditemui.

“Di mana kita mahu jumpa walau seorang?,” soalnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.