Ikhtiar hadapi Covid-19, PM sertai Program Malaysia Berzikir malam ini

Ikhtiar hadapi Covid-19, PM sertai Program Malaysia Berzikir malam ini

Program berkenaan sebagai kesinambungan usaha dan ikhtiar Malaysia dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Program Malaysia Berzikir malam ini akan disiarkan menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam di TV1. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menyertai Program Malaysia Berzikir menerusi slot rancangan Forum Perdana Ehwal Islam, TV1, malam ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Abdul Aziz Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata, program berkenaan adalah sebagai kesinambungan usaha dan ikhtiar Malaysia dalam mendepani pandemik Covid-19.

Katanya, program itu akan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad dan timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary.

“Sejurus selepas program tersebut, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Menginsafi Hikmah” akan melengkapkan Program Malaysia Berzikir dengan perbincangan bersama panel diundang.

“Antara panel itu ialah pakar motivasi, Mohd Fadhilah Kamsah, pensyarah Universiti Malaya, Sharifah Hayaati Syed Ismail dan pendakwah, Muhammad Ashraf Ridzuan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.