1 lagi kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat, kata KP Kesihatan

1 lagi kit ujian kendiri Covid-19 dapat kelulusan bersyarat, kata KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kit berkenaan ialah Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) buatan Hangzhou Alltest Biotech Co, Ltd.

KUALA LUMPUR:
Satu lagi kit ujian kendiri Covid-19 diberi kelulusan bersyarat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) untuk dijual bagi kegunaan orang awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook hari ini, berkata kit berkenaan ialah Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co, Ltd.

Sementara itu, menurut portal MDA, kit itu boleh didapati farmasi komuniti berdaftar atau fasiliti kesihatan swasta.

“Penggunaan kit ujian kendiri Covid-19 ini adalah terhad untuk tujuan saringan sahaja dan semua keputusan ujian memerlukan pengesahan lanjut menggunakan RT-PCR,” menurut MDA.

Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’ buatan tempatan, Gmate®️ Covid-19 buatan Korea Selatan, dan Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) buatan China kini diberikan kelulusan bersyarat untuk dijual kepada awam.

Sebelum ini, MDA memberikan kelulusan bersyarat kepada dua kit iaitu ‘Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19’ buatan syarikat tempatan, Reszon Diagnostics International Sdn Bhd dan satu lagi kit kegunaan rumah, Gmate® Covid-19 buatan Korea Selatan, yang diberi kelulusan, kepada Citymedic Sdn Bhd.

Senarai itu akan dikemaskini dari semasa ke semasa dan ia boleh juga disemak menerusi portal MDA.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.