
Kesemuanya yang berusia 15 hingga 36 tahun itu ditahan dalam Op Motosikal oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 5.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan dipetik Harian Metro berkata, sembilan individu terbabit dari Alor Setar dan Pendang dan dikompaun RM5,000 setiap seorang kerana merentas daerah tanpa alasan munasabah.
“Lima daripada mereka pula termasuk remaja 15 tahun dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana melakukan kesalahan berhimpun dengan tujuan aktiviti lumba haram.
“Mereka dibawa ke IPD Kubang Pasu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, sembilan individu yang merentas daerah tanpa kebenaran dikompaun mengikut Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (LLDKTJ) Pelan Pemulihan Negara.
“Kompaun terhadap lima individu dikeluarkan mengikut Peraturan 10(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) Langkah-Langkah Di Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara).
Dalam operasi itu, 26 motosikal turut disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya mengawasi anak masing-masing bagi mengelak terbabit dengan aktiviti berhimpun dan lumba haram ketika negara sedang dilanda Covid-19,” katanya.