Warga emas di KL, Selangor boleh ‘walk-in’ ke PPV mulai esok, kata menteri

Warga emas di KL, Selangor boleh ‘walk-in’ ke PPV mulai esok, kata menteri

Kebenaran itu hanya kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang belum menerima tarikh temu janji.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kebenaran itu hanya kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang belum menerima tarikh temu janji.
PETALING JAYA:
Individu berusia 60 tahun ke atas di Kuala Lumpur dan Selangor boleh ke pusat pemberian vaksin (PPV) secara terus atau “walk-in” bermula esok.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, kebenaran itu hanya kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang belum menerima tarikh temu janji.

“Warga emas 60 tahun ke atas di Kuala Lumpur dan Selangor yang belum menerima tarikh temu janji boleh ‘walk-in’ ke mana-mana PPV bermula esok,” katanya pada sidang media khas Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) yang turut disertai Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba secara maya, hari ini.

“Ramai yang sudah menerima tarikh janji temu sehingga akhir bulan ini. Kita tidak mahu yang sudah ada janji temu datang esok, ia akan menimbulkan kekeliruan dalam sistem.”

Menurutnya, bagi melancarkan proses vaksinasi untuk kumpulan itu, laluan khas bagi warga emas akan disediakan di setiap PPV di Kuala Lumpur dan Selangor, selain garis panduan bagi melancarkan proses pemberian vaksin secara terus.

“Kita nak pastikan setiap warga emas ini mendapat perlindungan secepat mungkin, justeru kerajaan memutuskan pendekatan ‘walk-in’.

“Selain itu, kita akan pastikan warga emas menerima vaksin dalam keadaan selesa dan selamat, memandangkan jumlah kes harian masih tinggi di Lembah Klang,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.