
Kementerian dalam kenyataan berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan penyenaraian TH sebagai institusi kewangan Islam bawah seksyen 223 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam.
Jemaah Menteri juga bersetuju menambah baik pengurusan dan operasi TH secara menyeluruh.
“Ini melibatkan antara lainnya cadangan dasar model baharu operasi TH dan semakan pindaan Akta Tabung Haji.
“Cadangan model baharu operasi TH akan diteliti bersama oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Bank Negara (BNM) dan TH.”
Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas isu berhubugn TH yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, semalam, kementerian berkata skop RCI itu tidak merangkumi usaha penambahbaikan berterusan dan penstrukturan yang sedang dilaksanakan bagi memperkasakan tadbir urus TH.
“Aspek governans, integriti, dan reputasi TH sebagai institusi simpanan kewangan Islam amat penting bagi memastikan kedudukan kewangan TH lebih kukuh dan stabil, untuk menjamin dan memelihara kepentingan pendeposit dan jemaah haji Malaysia.
“Sebagaimana termaktub dalam Akta Tabung Haji, simpanan pendeposit kekal selamat dan dijamin kerajaan.”