Tidak benar DUN Sabah akan terbubar secara automatik, kata Speaker

Tidak benar DUN Sabah akan terbubar secara automatik, kata Speaker

Katanya, pengecualian bagi syarat persidangan DUN diberikan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kadzim M Yahya berkata, DUN Sabah bersedia untuk bersidang pada bila-bila masa kerajaan negeri menetapkan tarikhnya. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kadzim M Yahya menyangkal dakwaan bahawa DUN Sabah berdepan pembubaran automatik sekiranya ia tidak bersidang sebelum 1 Ogos ini.

Katanya, walaupun Perkara 21 (1) Perlembagaan Sabah menyatakan DUN perlu bersidang dalam tempoh enam bulan selepas persidangan lalu, pengecualian diberikan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

“Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu keliru dengan perkara ini yang disebabkan DUN belum mengadakan persidangan sejak sidang bajet 2021 pada Disember tahun lalu.

“Bagaimanapun, DUN Sabah bersedia untuk mengadakan persidangan pada bila-bila masa kerajaan negeri menetapkan tarikhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, bekas timbalan ketua menteri yang juga Presiden Upko Wilfred Madius Tangau menyeru agar sidang DUN diadakan sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Katanya, ini kerana kali terakhir DUN bersidang ialah pada 23 Dis, iaitu sudah melepasi tempoh enam bulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.