PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini susulan petugas positif Covid-19

PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini susulan petugas positif Covid-19

CITF menasihatkan orang ramai yang mengunjungi PPV terbabit pada 29 Jun hingga 12 Julai untuk melakukan penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

Pusat pemberian vaksin di IDCC Shah Alam ditutup sehari bagi kerja-kerja sanitasi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pusat pemberian vaksin (PPV), di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, ditutup selama satu hari, pada hari ini, susulan kes positif Covid-19 dikesan dalam kalangan petugas PPV terbabit.

Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam kenyataan berkata langkah segera penutupan berkenaan diambil hasil daripada keputusan ujian Covid-19 yang diperoleh malam tadi bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Justeru, jawatankuasa berkenaan menasihatkan orang ramai yang mengunjungi PPV terbabit pada 29 Jun hingga 12 Julai untuk melakukan penilaian kendiri dan sekiranya bergejala, perlu menjalani ujian saringan Covid-19.

“Janji temu yang diberikan pada 13 Julai akan dijadual semula kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan secepat mungkin dan butiran lanjut akan diberitahu dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-88934303.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.