
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan Bank Dunia Richard Record, berkata terdapat banyak isu struktur yang wujud sebelum pandemik kini menjadi lebih besar akibat krisis berkenaan.
“Ketika kita memberi fokus dalam keutamaan jangka pendek segera terhadap kehidupan dan mata pencarian, pembentukan semula asas kepada pemulihan secara berkesan juga diperlukan,” katanya kepada FMT.
Sejak pertumbuhan pesat selepas zaman kemerdekaan, Malaysia beralih dari ekonomi berasaskan pertanian kepada industri pembuatan dan kini pengembangannya dilihat semakin perlahan dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Record berkata, ia adalah perkara biasa bagi sesebuah negara yang menghampiri status berpendapatan tinggi dan pengurangan kadar pertumbuhan Malaysia lebih ketara jika dibandingkan dengan negara yang melakukan peralihan sama sebelum ini.
Bagaimanapun, ‘gabungan antara pembentukan semula modal insan, peningkatan produktiviti dan peningkatan kadar penyertaan tenaga kerja wanita boleh menyaksikan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat dua kali ganda’, di mana dia meramalkan pertumbuhan antara 2% hingga 3% dalam tempoh 30 tahun sekiranya tiada perubahan dilakukan.
Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan harus memberi fokus terhadap meningkatkan sistem pendidikan untuk menghasilkan graduan berkualiti tinggi serta mendorong inovasi dalam pelbagai bidang perusahaan supaya perniagaan menjadi lebih berkesan dan berprestasi tinggi.
Selain itu Record berkata negara juga perlu melakukan peralihan kepada kontrak sosial baru yang bertumpu kepada kesamarataan, terdiri daripada pelbagai aspek seperti kesaksamaan gender, pembasmian kemiskinan dan perkara seumpamanya untuk membolehkan kualiti kehidupan rakyat selari dengan jangkaan sebuah negara berpendapatan tinggi.
Namun, ia berkemungkinan menyebabkan lebih banyak cukai perlu dikutip kerajaan untuk melaksanakan beberapa inisiatif sosial seperti ini seperti menyediakan akses lebih baik pendidikan bagi golongan miskin, peluang kerja untuk wanita dan mencari jalan menyediakan bantuan kewangan kepada warga emas.
“Di bawah sistem ini, kerajaan akan dapat memenuhi aspirasi semua rakyat Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi dan sebagai gantinya, rakyat harus dibenarkan melaksanakan tanggungjawab, dilayan secara sama rata, melabur di negara sendiri dan bersedia untuk membayar cukai lebih tinggi,” katanya.