Pengusaha PKS beri amaran buang pekerja besar-besaran, potong gaji

Pengusaha PKS beri amaran buang pekerja besar-besaran, potong gaji

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memberi amaran mungkin terdapat pembuangan pekerja secara besar-besaran atau pemotongan gaji bermula bulan ini berikutan ketidaktentuan situasi Covid-19 di Lembah Klang.

PETALING JAYA:
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memberi amaran mungkin terdapat pembuangan pekerja secara besar-besaran atau pemotongan gaji bermula bulan ini berikutan ketidaktentuan situasi Covid-19 di Lembah Klang.

Persatuan PKS Malaysia berkata kebanyakan syarikat masih membayar gaji pekerja dan menanggung kos operasi sehingga pertengahan bulan lalu.

Bagaimana, Presidennya Michael Kang berkata, bermula bulan ini majikan mula bingung bagaimana untuk meneruskan operasi memandangkan banyak syarikat ditutup akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di sebahagian besar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Pada Mei hingga pertengahan Jun, kebanyakannya masih mengekalkan pekerja, dengan harapan situasi kembali pulih, tetapi bilangan kes terus meningkat.

Michael Kang.

“Bermula Julai, ia akan menjadi lebih teruk. Terdapat banyak ketidaktentuan dan kebanyakan kami tidak tahu bila masanya akan dibenarkan beroperasi semula,” katanya kepada FMT.

Kang berkata, ramai pekerja diarahkan mengambil cuti tanpa gaji bulan lalu tetapi dengan PKPD yang tidak berpenghujung dan Pelan Pemulihan Negara, banyak majikan sukar untuk meneruskan perniagaan mereka.

“Menjelang Julai, banyak akan ditutup sementara atau ditutup terus dan menjelang Okt, separuh daripada 1.2 juta PKS mungkin menghentikan operasi,” katanya.

Beliau berkata, kadar pengangguran 4.5% yang dicatatkan pada Mei mungkin lebih teruk sejak pertengahan Jun lalu.

“Kita memerlukan satu garis panduan, kita ingin tahu bila masanya akan dibenarkan beroperasi semula. Situasi agak teruk ketika ini,” katanya.

Yeah Kim Leng.

Ahli ekonomi Yeah Kim Leng dari Sunway University bersetuju kadar pengangguran 4.5% pada Mei mungkin meningkat.

Beliau berkata, kebanyakan syarikat dijangka mengekalkan sejumlah kecil pekerja bermula bulan ini susulan ketidaktentuan disebabkan oleh peningkatan jumlah kes harian Covid-19.

Semalam, jangkitan baru menunjukkan peningkatan kes kepada 9,180.

Yeah berkata, ramai pengusaha yang gagal beralih kepada perniagaan dalam talian mungkin menutup terus perniagaan mereka, dan ini akan memberi kesan lain terhadap ekonomi seperti kehilangan pekerjaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.