Wanita ditemui rentung dalam kebakaran kereta

Wanita ditemui rentung dalam kebakaran kereta

Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu selepas pasukan bomba membuat operasi pemadaman.

Pasukan bomba yang sampai ke lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbakar 40% pada bahagian dalam kereta.
PETALING JAYA:
Seorang wanita ditemui rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Bandar Baru Selayang, Gombak, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran sebuah kereta pada jam 4.25 pagi.

Norazam berkata, pasukan bomba yang sampai ke lokasi mendapati sebuah Perodua Kancil terbakar 40% pada bahagian dalam kereta dan mengambil masa kira-kira 15 minit bagi operasi pemadaman.

“Mayat yang tidak dikenal pasti identiti itu ditemui di tempat duduk pemandu selepas sepasukan bomba membuat operasi pemadaman,” katanya.

Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat mangsa sudah diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.