Bekas ratu cantik disyaki mabuk rempuh SJR, tumbuk polis

Bekas ratu cantik disyaki mabuk rempuh SJR, tumbuk polis

Wanita yang dipercayai mabuk itu merempuh SJR di Lebuhraya Persekutuan dan menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.

Wanita berusia 28 tahun itu berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.
PETALING JAYA:
Seorang bekas ratu cantik ditahan kerana menumbuk anggota polis selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan awal pagi tadi.

Wanita berusia 28 tahun yang dipercayai mabuk itu, ditahan ketika dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala Petaling Jaya bersama rakannya kira-kira 3 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, setibanya di SJR Lebuhraya Persekutuan, wanita terbabit tidak memberhentikan kenderaan, sebaliknya terus merempuh sekatan.

Katanya, anggota kereta peronda polis segera mengejar dan menahan kenderaan suspek, tetapi wanita itu menumbuk anggota polis yang cuba menahannya.

“Turut cedera adalah rakannya akibat dipukul suspek yang dipercayai mabuk. Wanita berkenaan berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, suspek itu direman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis, Seksyen 353 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.