Rizab antarabangsa Bank Negara USD111.1 bilion

Rizab antarabangsa Bank Negara USD111.1 bilion

Bank Negara berkata paras rizab memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (USD103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (USD1.2 bilion), emas (USD2.2 bilion) dan aset rizab lain (USD3.0 bilion).
PETALING JAYA:
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah USD111.1 bilion pada 30 Jun 2021, naik sedikit berbanding USD111.0 bilion pada 15 Jun.

BNM dalam kenyataan hari ini berkata, paras rizab itu mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing dan memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (USD103.3 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (USD1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (USD1.2 bilion), emas (USD2.2 bilion) dan aset rizab lain (USD3.0 bilion).

Aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain, termasuk SDR berjumlah RM461.55 bilion, Kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.03 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM20.4 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM16.30 bilion).

Menurut bank pusat, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM180.67 bilion), mata wang dalam edaran (RM141.14 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM142 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM21.76 bilion), lain-lain deposit (RM9.30 bilion), kertas Bank Negara (RM9.13 bilion), peruntukan SDR (RM7.97 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM4.75 bilion).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.