
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Ahmad Mohd Nor @ Saleh, berkata pihaknya mengesahkan laporan berkaitan insiden terbabit diterima pada jam 6.20 petang tadi.
“Polis sudah membuka kertas inkuiri (siasatan dalaman) sudah dibuka berhubung aduan berkenaan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan laporan polis dibuat seorang lelaki yang antara lain mendakwa disuntik picagari tidak mengandungi vaksin di sebuah hospital, semalam.
Menurut laporan itu, lelaki berkenaan merakam proses suntikan itu dan apabila melihat semula rakaman itu, mendakwa sangsi sama ada ada cecair vaksin dalam picagari selain jarum suntikan juga dikatakan tidak ditekan.
Lelaki itu turut mendakwa dirinya dimarahi serta diminta memadamkan rakaman video itu sejurus mendapat suntikan sebenar.