
Kempen yang tular beberapa hari lalu di media sosial itu mengajak mereka yang bergelut dengan kewangan isi rumah untuk meminta pertolongan tanpa rasa takut atau malu dengan mengibarkan atau menggantung bendera putih di depan rumah mereka sebagai isyarat memerlukan bantuan segera.
Selain terbitan artikel ke-5 ini, FMT sebelum ini turut senaraikan bantuan makanan dalam siri artikel: >> Bahagian 1 >> Bahagian 2 >> Bahagian 3 >> Bahagian 4
Tambahan terbaru dalam senarai:
Talian Bantuan Hitz KamiCare
Radio Hitz sasarkan edaran makanan dan barang keperluan ke seluruh negara kepada mereka yang memerlukan. Golongan terkesan boleh ikuti cara ini: “Taipkan nama, alamat, dan beritahu kami mengapa anda memerlukan Pek Bantuan KamiCare ke talian WhatsApp Hitz di 016-6249999.”

Senarai Bank Makanan Subang Jaya
- Pek Kongsi Kasih Prihatin (017-7770764)
- Super Agent GTi oleh Saiful Nizam (https://SuperAgentGTi.wasap.my)
- Hadapan SkinnyBakers, SS15/5A
- Masjid Darul Ehsan, SS15, Dinar Mart Cafe (Pintu 3)
- Surau Al-Ikhlas, SS19/1
- Aisyah Mart, USJ9 (011-16291255)
- Koperasi Masid Al Falah, USJ9 (Facebook: Nani Zahra Yusof atau 016-2889021)
- Snacks Station, USJ1
- Surau Al Muttaqun, USJ12
- Ayam CIncang Food Bank, Regalia Business Centre, USJ1/1C
- Masjid Annur, USJ4
Alor Star Food Bank oleh Tempatan Fest
Sarang Hub Cafe menyediakan makanan berupa tin dan susu bayi serta barangan keperluan lain seperti lampin buat mereka yang berada di sekitar Alor Setar. Hubungi 011-20209987 (Ali) atau 012-4966914 (Fuad) untuk maklumat lanjut.

Kempen Beras Kita Bagi
Penduduk di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya boleh hubungi 017-2457170 (WhatsApp) atau melalui Instagram @THEOUFITSMALAYSIA untuk mendapatkan bantuan makanan.

Bank Makanan Cheka Movement
Bantuan asas makanan buat mereka yang tinggal dalam radius 10km di lokasi berikut:
- Taman Kosas, Ampang, Selangor – 012-3194964 (Syafiq Mobin)
- Kota Damansara, Selangor – 0117614370 (Asyikin)
- Gombak, Selangor – 014-7047138 (Farrah)
- Klang, Selangor – 019-2820901 (Atiqah)
- Kuala Ketil, Kedah – 018-4735310 (Syed Salleh)
- Tunjang, Kedah – 013-4861446 (Puteri)
- Wakaf Bharu, Kelantan – 018-9051064 (Fatimah)
- Pekan Tampin, Negeri Sembilan – 017-3991742 (Azan Ismail)
- Paya Rumput, Melaka – 016-6777611 (Miera)
- Kuantan, Pahang – 018-2465388 (Hajar)
- Sandakan, Sabah – 018-3848661 (Haziq)
