1 juta dos vaksin sumbangan AS dijangka tiba Isnin

1 juta dos vaksin sumbangan AS dijangka tiba Isnin

Dos-dos ini adalah daripada kumpulan awal 80 juta vaksin yang dijanjikan pentadbiran Biden bulan lalu untuk dikongsi di peringkat global.

AS berkata, ia tidak berkongsi vaksin untuk mendapat jaminan bantuan atau konsesi, tetapi untuk menyelamatkan nyawa dan mengakhiri wabak. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Satu juta sumbangan dos vaksin Covid-19 buatan Pfizer Inc’s BioNTech akan tiba di Malaysia pada Isnin, dengan lebih banyak dirancang akan dihantar ke Asia Tenggara tidak lama lagi, kata pegawai Rumah Putih.

Dos-dos ini adalah daripada kumpulan awal 80 juta vaksin buatan Amerika Syarikat yang dijanjikan pentadbiran Biden bulan lalu untuk dikongsi di peringkat global ketika timbul kebimbangan mengenai perbezaan kadar vaksinasi antara negara maju dan membangun.

Washington sedang bersaing dengan China untuk memperhebat pengaruh geopolitik melalui apa yang dipanggil “diplomasi vaksin”, walaupun katanya, ia tidak berkongsi vaksin untuk mendapat jaminan bantuan atau konsesi, sebaliknya bagi menyelamatkan nyawa dan mengakhiri wabak.

Edgard Kagan, Pengarah Kanan untuk Asia Timur di Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih, berkata AS mengongsikan “vaksin yang selamat dan berkesan” dengan Malaysia pada saat negara ini memerlukannya, dan “akan membuat penghantaran lanjut ke rantau ini dalam waktu terdekat”.

Seorang lagi pegawai berkata, AS berusaha “secepat mungkin” untuk menghantar vaksin tambahan ke seluruh Asia Tenggara.

AS telah mengumumkan rancangan untuk menyediakan vaksin buat Filipina, Vietnam, Indonesia, Thailand, Laos, Papua New Guinea, dan Kemboja.

Pada Jumaat, AS berkata, ia akan menghantar empat juta dos vaksin Covid-19 buatan Moderna Inc ke Indonesia secepat mungkin melalui program perkongsian vaksin peringkat global, Covax, ketika negara itu sedang berdepan lonjakan kes.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.