Difahamkan 90% pelanggan di Charlie’s Cafe & Bakery makan di premis itu, dan walau turut aktif sebagai peniaga Grab dia bimbang ia masih tidak mampu menampung perniagaannya.
Walaupun begitu, platform penghantaran makanan bukan saja berubah menjadi penyelamat tetapi juga membuka peluang baharu.
Kini anak kelahiran Sabah itu melihat platform tersebut seperti “pusat beli-belah maya”, di mana pengendali makanan dan minuman sepertinya membayar sewa sebagai ganti untuk melihat dan mengakses pasaran yang lebih luas. Ia sekali gus membolehkan mereka menempatkan diri setaraf dengan jenama lebih besar yang terkenal di seluruh negara.
Katanya ketika PKP, dia menerima pelanggan sejauh Puchong, Wangsa Maju dan Gombak.
“Mereka adalah pelanggan yang saya rasa sebelum PKP pun tidak akan datang ke sini untuk makan,” katanya.

Desonny berkata dia faham dengan rungutan sesetengah restoran tentang komisen yang perlu dibayar kepada platform penghantaran makanan kerana mereka memperoleh margin keuntungan, tetapi penting untuk diingat bagaimana komisen ini memudahkan penghantaran.
Katanya beberapa platform mengenakan yuran penghantaran minimum dan ada yang menawarkan penghantaran percuma untuk jarak dekat.
“Kadang-kala, apa sahaja yang kita lihat dalam aplikasi, RM2 atau RM3 (yuran penghantaran), penghantar tidak hanya mendapat jumlah itu, mereka dapat lebih.”
Dia berkata bayaran penghantaran akan ditambah sebahagiannya dari komisen yang dibayar oleh peniaga ke platform.

Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi, Noor Azlan Ghazali berkata, orang ramai perlu memahami bahawa pengendali platform penghantaran makanan mengambil risiko dengan melaburkan masa dan wang untuk mewujudkan usaha tersebut yang kemudiannya membawa nilai kepada ekonomi.

Selain membantu memastikan pengusaha makanan dan minuman tetap bertahan, katanya, platform menyediakan sumber pendapatan yang berharga bagi penghantar barangan, terutama dengan angka pengangguran yang meningkat ketika wabak ini.
Walau bagaimanapun, Noor Azlan berkata sangat penting untuk platform ini mengenakan bayaran dengan adil, sambil menegaskan penyalahgunaan harga tidak sepatutnya berlaku.
“Ideanya adalah dari perspektif ekonomi, apa yang kita ingin pastikan adalah mereka (pemilik platform) menerima ganjaran yang setimpal,” katanya.
Pengasas bersama perkhidmatan penghantaran makanan yang berpangkalan di Pulau Pinang, DeliverEat, Leong Shir Mein berpendapat, komisen tersebut dibenarkan kerana adalah terlalu mahal bagi pengendali makanan bebas untuk memiliki kumpulan penghantar mereka sendiri dan kekal bersaing dalam talian.

Dia berkata kos logistik yang besar untuk mengupah kumpulan penghantar akan membabitkan lebih daripada 35% komisen dikenakan oleh beberapa platform penghantaran, yang pada dasarnya setara dengan pendapatan dihasilkan oleh pengusaha makanan dan minuman ini.
“Jadi saya rasa kami memberi kemudahan, bukan hanya dari perspektif pelanggan tetapi juga dari sudut pandang restoran, kerana sekarang mereka dapat benar-benar fokus kepada kepakaran mereka, iaitu menyediakan makanan yang enak.”
Leong berkata, pengendali bebas yang cuba melakukannya sendiri, mereka perlu menanggung semua kos penyediaan ini tanpa mengetahui berapa banyak jualan yang akan mereka buat, satu cadangan yang berisiko untuk dicuba sebenarnya.
