
Beliau mencadangkan kerajaan memberikan bantuan RM1,500 sebulan kepada kumpulan isi rumah B60.
“Ini kerana bantuan kewangan dalam bentuk tunai akan tiris dengan cepat kepada membayar hutang seperti rumah dan kenderaan.
“Seterusnya, bantuan kewangan yang hanya dalam bentuk gimik tidak akan mempunyai kesan segera…yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ yang konsisten dan mapan.
“Jumlah ‘cash in hand’ yang wajar adalah RM1,500 sebulan untuk golongan B60,” katanya di Facebook.
Dalam pada itu, Anwar berkata, pelan pemulihan yang dibentang kerajaan juga tidak menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
Beliau berkata, misalnya i-Citra adalah wang rakyat dan moratorium pula tidak jelas kerana perlu berurusan dengan bank.
“Jadi moratorium sampai hari ini belum pasti kena pergi ke bank, kena buat perjanjian baharu kemudian faedah kena bayar kena tangguhkan lagi hutang.
“Ini semua bukan penyelesaian…ini hanya nak selamatkan syarikat besar dan bank,” katanya.
Anwar berkata, pendekatan yang diambil kerajaan juga tidak jelas kerana ada bantuan yang diberikan hanya bermula Ogos.
“Sebelum Ogos rakyat nak makan apa. Jika tidak takkan ada naikkan bendera putih. Ini semua tidak prihatin. Suntikan langsung tidak boleh ‘one off’ dan perlu beri RM1,500 kepada setiap keluarga B60 selagi PKP berjalan dua hingga tiga bulan,” katanya.