
Menterinya Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sejak pembukaan pusat pemberian vaksin (PPV) sektor pelancongan pada 24 Jun lalu di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Stampin, pihaknya menerima sambutan memberangsangkan.
“Walaupun kuota hanya sebanyak 2,000 dos sahaja buat masa ini, kita akan berusaha memastikan yang selebihnya turut mendapatkan vaksin secepat mungkin.
“Kita mahu apabila sektor pelancongan dibuka nanti pelancong akan yakin kerana mereka (pemain industri) yang menyambut kedatangan pelancong telah divaksin,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri pratonton di belakang tabir Festival Jazz Borneo secara maya di auditorium Bangunan Chemsain, malam tadi.
Festival Jazz Borneo yang berlangsung selama 90 minit secara maya itu bermula sejak Jumaat lepas dan berakhir semalam. Acara itu mendapat sambutan memberangsangkan dari serata dunia dengan 116,000 tontonan melalui pelbagai platform seperti TVS, media sosial dan Shopee Live.