
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Pa mengakui telah pergi ke kafe itu dan dihidangkan makanan pada Sabtu lalu untuk melihat seorang anak muda berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.
“Pada pukul 5.30 petang Sabtu, 26 Jun 2021, Mustapa Mohamed telah singgah di sebuah kafe di Kampung Kalai, Jeli untuk melihat bagaimana seorang pemilik kafe berjaya meneruskan perniagaannya walaupun berdepan dengan PKP
3.0.
“Anak muda berusia 26 tahun ini menggunakan sepenuhnya media sosial untuk memasarkan menu yang berasaskan makanan barat,” kata pejabatnya dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, berikutan tersebarnya gambar mengenai kehadirannya di kafe itu, Ketua Polis Daerah Jeli menghubungi beliau tengah hari tadi memaklumkan bahawa kertas siasatan telah pun dibuka.
“Beliau memohon maaf atas pelanggaran SOP ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mengambil tindakan sewajarnya,” kata kenyataan itu.