Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac sesuai bagi ibu mengandung, menyusu, kata JKJAV

Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac sesuai bagi ibu mengandung, menyusu, kata JKJAV

Kajian menunjukkan semua jenis vaksin Covid-19 yang digunakan setakat ini sesuai untuk golongan terbabit.

Pada 17 Mei lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata wanita mengandung dan ibu menyusu dinasihat mendapatkan vaksin Pfizer. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, semua jenis vaksin Covid-19 yang digunakan sesuai untuk ibu mengandung dan menyusu.

Katanya, vaksin yang digunakan adalah Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac.

“Ini adalah panduan terkini vaksin Covid-19 untuk ibu mengandung dan menyusu.

“Kajian menunjukkan semua jenis vaksin Covid-19 yang digunakan setakat ini (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) sesuai untuk golongan ini,” kata JKJAV di Facebook.

JKJAV berkata, golongan terbabit diminta mendapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang kembimbangan.

Pada 17 Mei lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, berkata wanita mengandung dan ibu menyusu dinasihat mendapatkan vaksin Pfizer.

Khairy berkata, vaksin Sinovac dan AstraZeneca tidak disyorkan untuk golongan terbabit buat masa ini, sambil menambah mereka yang ragu-ragu mengenai suntikan vaksin perlu berjumpa doktor.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.