
Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, aksi lelaki berusia 25 tahun itu yang juga tidak memakai pelitup muka tular di media sosial kira-kira jam 2 petang pada Rabu.
Menurutnya, siasatan awal pihak polis mendapati lelaki warga tempatan itu dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong.
Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bentong untuk memotong gelang pengawasan berwarna merah jambu namun keretanya kehabisan minyak.
“Laporan polis telah dibuat terhadap lelaki terbabit kerana tidak memakai pelitup hidung dan mulut di tempat awam berdasarkan gambar yang tular,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu Kahar berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang boleh merebakkan penyakit dan Seksyen 17 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
“Jika sabit kesalahan lelaki berusia 25 tahun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.