
Ketua Polis Daerah Beaufort, Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, pelayan restoran berusia 26 tahun itu ditahan pada 10.15 pagi semalam susulan laporan yang dibuat mangsa.
Katanya, mangsa mendakwa membeli dua guni pakaian terpakai daripada suspek pada April lalu dengan memasukkan RM3,100 ke akaun bank suspek.
“Selepas membuat bayaran, barangan yang dijanjikan suspek tidak diterima sehingga laporan polis dibuat pada 2 Jun lalu,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Susulan laporan itu katanya, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melakukan tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika melakukan urus niaga di laman sosial.