Dakwaan sambutan Hari Bapa di rumah timbalan menteri disiasat

Dakwaan sambutan Hari Bapa di rumah timbalan menteri disiasat

Pejabat Kesihatan Daerah Maran menyiasat dakwaan sambutan Hari Bapa diadakan di rumah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib ketika PKP.

Gambar yang diedarkan di media sosial dengan kapsyen mendakwa perhimpunan itu diadakan di rumah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pejabat Kesihatan Daerah Maran, Pahang sedang menyiasat dakwaan sambutan Hari Bapa diadakan di rumah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Siasatan lanjut diteruskan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Maran,” kata Ketua Polis Daerah Maran Norzamri Abdul Rahman menurut laporan Malaysiakini.

Sebelum ini, tersebar gambar 10 lelaki di ruang tamu sebuah rumah dengan makanan dihidang di atas meja.

Mereka bagaimanapun memakai pelitup muka dan menjarakkan diri ketika bergambar.

Gambar itu diedarkan di media sosial dengan kapsyen mendakwa ia dilangsungkan di rumah Ismail, yang juga Ahli Parlimen Maran.

Semasa PKP, semua acara sosial dilarang, termasuk perayaan dan jamuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.