
Sumber SPRM memberitahu suspek wanita berusia 43 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor kira-kira 3.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.
Menurut sumber, difahamkan suspek didakwa meminta dan menerima wang rasuah secara bulanan daripada kedua-dua syarikat pembersihan sebagai balasan memastikan syarikat-syarikat tersebut mendapat kontrak pembersihan di beberapa bangunan pasar raya berkenaan yang terletak di Melaka, Johor dan Selangor sejak 2018 hingga tahun ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Difahamkan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pagi esok untuk permohonan reman.