Reman lelaki pedofil dilanjut 3 hari

Reman lelaki pedofil dilanjut 3 hari

Polis berkata suspek yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan.

Dalam tangkapan Rabu lalu, polis merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosikan aktiviti tidak bermoral itu kepada umum dan pihak tertentu.
PETALING JAYA:
Tempoh tahanan reman seorang lelaki berusia 19 tahun yang membuat perkongsian pornografi kanak-kanak yang ditahan Rabu lalu dilanjutkan tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan, menurut laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, suspek ditahan di sebuah rumah di Semenyih pada 16 Jun lalu pada jam 6 petang manakala telefon bimbit miliknya dirampas.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.