Pemvaksian 10% penduduk diunjur tercapai pertengahan Julai

Pemvaksian 10% penduduk diunjur tercapai pertengahan Julai

Kerajaan menganggarkan sebanyak 10.7 juga dos vaksin perlu diberikan kepada 3.2 juta orang pada pertengahan bulan depan bagi mencapai pemvaksian 10% penduduk.

Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini, 30 daripada setiap 100 dos vaksin Covid-19 yang diberikan terdiri daripada dos kedua.
PETALING JAYA:
Pemvaksian 10% penduduk diunjurkan tercapai pada pertengahan Julai menerusi pemberian sebanyak 8 juta dos vaksin pada bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan menganggarkan sebanyak 10.7 juga dos vaksin perlu diberikan kepada 3.2 juta orang pada pertengahan bulan depan bagi mencapai pemvaksian 10% penduduk.

“Pada masa ini, untuk setiap 100 dos yang kami berikan, 30 adalah dos kedua,” katanya, pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba.

Malaysia boleh memasuki Tahap II Pelan Pemulihan Negara apabila 10% penduduk menerima dos lengkap di samping pengurangan kes harian, tambahnya.

Sementara itu Adham berkata, untuk mencapai 10% penduduk divaksin sepenuhnya, dos kedua perlu mencapai kadar 10%. Buat masa ini baru mencapai 5.4%.

“Kita tahu pelan pemulihan negara yang diumumkan oleh perdana menteri mengandungi tiga indikator penting iaitu kes harian, kapasiti ICU dan vaksinasi yang kita nak laksanakan.

“Indikator kes harian di ICU sekarang sudah turun sedikit tetapi masih melebihi 75%. Kita masih ada masa lagi tujuh hari. Kita masih monitor dan yakin akan melepasinya dengan kerjasama dan solidariti bersama tingkat bendung Covid-19,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.