Kertas siasatan artis buka puasa langgar SOP diserah kepada Peguam Negara

Kertas siasatan artis buka puasa langgar SOP diserah kepada Peguam Negara

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, bagaimanapun berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Dalam gambar yang tular di media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu ialah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.
PETALING JAYA:
Polis sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan sekumpulan artis melanggar SOP pada Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 bulan lalu kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata ketika ini pihaknya masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan itu dirujuk kepada pihak Peguam Negara bulan lalu dan ia masih berada di pejabat mereka,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, polis membuka kertas siasatan dan akan memanggil beberapa artis yang menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Zainal dipetik berkata, tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel sudah dipanggil memberi keterangan dan siasatan dijalankan selepas penularan gambar menunjukkan majlis berbuka puasa berlangsung dengan kehadiran orang ramai.

Dalam gambar yang tular di media sosial menunjukkan antara artis yang hadir pada majlis itu ialah penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Siasatan polis dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 serta Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.