
Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan bertindak lebih tegas kepada mana-mana pihak yang didapati melanggar peraturan sepanjang PKP 3.0.
“Secara kumulatifnya, sebanyak 24,928 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari 2021 yang melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,109 kilang.
Sehingga kini, 160 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan wabak Covid-19.
Ismail turut memaklumkan sejak 6 Jun hingga hari ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerima sebanyak 382 aduan mengikut kategori yang memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi membabitkan operasi tidak mematuhi SOP.
“Daripada jumlah itu, jumlah aduan tertinggi yang direkodkan adalah melibatkan pelanggaran arahan had peratusan kehadiran pekerja ke premis pekerjaan iaitu sebanyak 98 aduan, non-essential 77 aduan, dan 60 aduan bagi kategori ketidakpatuhan SOP am,” katanya.