
Bernama melaporkan sultan mula tiba di istana sejak 11 pagi tadi, dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang tiba terlebih dahulu.
Ia disusuli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dilihat tiba sekitar 12 tengah hari.
Perbincangan Khas Raja-raja Melayu dijadualkan berlangsung 2.30 petang ini dengan Agong dijangka mengemukakan pandangan pemimpin parti politik mengenai pelbagai isu semasa.
Semalam Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, pandangan tersebut disuarakan selepas Agong berkenan menerima menghadap 18 pemimpin parti politik secara bersemuka dan maya di Istana Negara sejak Rabu lalu hingga semalam.